Monday, November 26, 2007
Blog Diberi Nafas Baru

Blog saudia desert akan diberi nafas baru. sila berkunjung ke halaman baru, http://www.saudiadesert.blogspot.com Smile

Massalamah, Ilalliqoq!

Posted at 4:24 pm by Hj Supardzi
 




Sunday, August 28, 2005
Projek Pembesaran Jamrah

Assalamualaikom wrb Sekian lama menyepi disebabkan oleh bebanan kerja baru kini saya dapat menjenguk blog. Kisah terbaru yang saya akan paparkan adalah berkaitan dengan pelebaran kawasan pembalingan jamrah diwaktu haji.Bagi mereka yang belu, pernah menunaikan haji membaling batu dikawasan jamrah adalah salah satu daripada rukun haji.

Ada 3 balingan yang harus dilakukan iaitu jamratul ula,jamratul wusta dan jamratul aqabah dengan 7 biji batu setiap satunya. Projek pembesaran ini sudahpun diwartakan didalam berita TV tempatan mengambil masa empat tahun dan sudahpun berjalan setahun.Apabila siap kelak ianya mampu menampung 4juta jemaah dalam masa cuma 8jam kerana dalam setiap jam ianya boleh menampung 1/2 juta jemaah.

Dengan siapnya 4 tingkat tempat mebaling jamrah ini berserta keretapi yang boleh membawa jemaah dari mina ianya dijangkakan akan menjawab persoalan jemaah yang meninggal akibat kesesakan yang berlaku di tempat tersebut setiap tahun. Semoga dengan berjayanya projek ini nanti akan dapat memudahkan para jemaah haji terutamanya yang sudah lewat usia melakukan ibadah haji.

Wallahuaklam

Posted at 8:04 pm by Hj Supardzi
Make a comment  




Saturday, May 28, 2005
Sekat laman lucah di ISP bukan guna sofware - pakar ICT

Saya menyokong penuh tulisan dalam Harakah ini.

Di Arab Saudi sebagai contohnya,tiada satupun laman web lucah yang boleh dilayari, tanpa perlu menambah sebarang perisian dikomputer.

Sebenarnya kalau Kerajaan Malaysia meniru kerajaan Arab Saudi dalam hal ini,langkah ini saya fikir

langkah yang bijak lagi menjimatkan.

Friday, May 27 @ 18:47:04 MYT


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Kerajaan digesa menggunakan pembekal perkhidmatan internet (ISP) untuk menyekat laman lucah dan bukannya membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat lagi untuk membekalkan perisian komputer untuk menyekat laman itu.

Seorang pakar ICT berkata, ISP dengan mudah boleh menyekat laman-laman lucah itu dari masuk ke negara ini.

ISP di Malaysia adalah Jaring dan Tmnet. Kedua-duanya boleh bertindak menyekat laman-laman lucah itu dari masuk ke negara ini.

Sebelum ini Harakahdaily telah menyiarkan satu rencanadan berita yang berkaitan dengan perkara ini.

Menurut pakar ICT berkenaan, tindakan Kementerian Pelajaran mahu membekalkan perisian komputer untuk menyekat komputer di sekolah-sekolah dari masuk ke laman web itu seolah-olah "mahu memberikan projek kepada pihak-pihak berkenaan padahal ia sama sekali tidak perlu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib berkata, kerajaan bimbang dengan kebanjiran laman web lucah ini yang dikatakan berjumlah lebih 1.5 juta laman.

Oleh itu, kerajaan telah membekalkan peralatan untuk menyekatnya dari masuk ke pejabat kerajaan dan akan meluaskannya ke sekolah-sekolah pula.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melahirkan kebimbangan dengan laman lucah ini.

Posted at 5:17 pm by Hj Supardzi
Make a comment  




Next Page

Selamat Datang
Saudia Desert's Corner
By Hj Supardzi